Blogger Templates

Saturday 19 November 2011

Syukur

  Pada suatu hari aku dan kakak aku pulang lewat kerana kesesakan lalu lintas, ditambah lagi dengan kemalangan.Jam menunjukkan pukul 10.00 malam.Tiba-tiba tayar belakang motosikal kakak pancit.Malang tidak berbau, hujan turun dengan lebatnya.Kami berteduh di sebuah banglo usang yang berdekatan.

 Pada mulanya, kami ingin berteduh di luar sahaja, tetapi rasa ingin masuk ke dalam banglo itu menjengah perasaan kami.Akhirnya,kami masuk ke dalam sebuah bilik, aku mundar-mandir ke dalam bilik itu."Kakak pergi ke luar kejab ye", ujar kakak.Aku cuma mengangguk tanda setuju.Aku terus meniliti bilik itu.Tiba-tiba, pintu bilik tertutup dengan kuatnya.Aku terus berlari ke arah pintu dan memulas tombolnya.Namun pintu itu tidak juga terbuka.

   Aku mengetuk pintu itu dengan kuat menggunakan kedua-dua belah tapak tanganku.Aku menjerit memanggil kakak tetapi tiada jawapan."Di mana kakak?",hati kecilku bertanya.Perasaan takut mula menghantui diriku.Aku mula terbayang akan cerita-cerita seram yang aku tonton.Badanku mula berasa seram sejuk, bulu romaku sudah tegak berdiri.

  Mahu hendaknya aku rebah ketika itu juga.Namun aku tetap tabah.Aku harus berusaha untuk mencari jalan keluar.Tiba-tiba perhatianku tertaik pada seorang wanita yang sedang menangis.Aku mula menghampiri wanita itu.Perasaan takutku sedikit demi sedikit hilang.Aku bertanya kepada wanita itu mengapa dia menangis,tetapi tidak dijawapnya.

 Mukanya tidak dapatku lihat kerana dilitupi oleh rambutnya yang panjang mengurai itu,tiba-tiba wanita menoleh ke arahku.Aku menjerit kerana melihat wajahnya yang hodoh.Tiada bola mata...itu yang menakutkan aku.Inilah kali pertama aku melihat makhluk seperti itu.Aku terhumban ke belakang .

Aku berlari sekuat hati dan kemudian jatuh ke dalam gaung.Aku terus bangun  dan badanku terasa sakit.Tiba-tiba ku ternampak banyak makanan yang enak terhidang di atas meja di hadapanku.Perutku mulai berkoncang.Aku makan makanan itu dengan lahapnya.Tiba-tiba,makanan itu bertukar menjadi cacing,ulat dan bangkai.Aku berasa mual.Aku memuntahkan semula makanan tadi,tetapi lidahku masih terasa akan benda yang menjijikan itu.Aku meneruskan perjalanan untuk mencai jalan keluar.Tiba-tiba tengkukku terasa gatal.Rupa-rupanya sarang labah-labah jatuh ke tengkukku.Tiba-tiba aku sampai ke sebuah tempat.Tepinya tertulis"ketentuan hidup".Ku ingin berpatah balik tetapi jalan yang aku lalui tadi sudah hilang.Tiba-tiba terdenga satu suara yang berkata"salah satu pintu yang ada disekelilingmu adalah jalan untuk balik ke tempat asalmu.Di sini ada 7 sahaja pintu.Kamu dikehendaki memilih satu sahaja pintu.Jika anda memilih pintu yang salah,anda tidak akan ke tempat asalmu selama-lamanya".

Aku berasa gementar.Jalan mana yang haus aku pilih?Bagaimana jika aku tersalah pilih?Ahh, biarkan!yang penting aku mesti cuba dahulu.Aku masuk ke dalam pintu yang tertera nombor 7.Sebaik sahaja aku masuk,pintu itu tertutup sendiri.Dari jauh aku ternampak imbak yang besar.Hatiku berkata"aku telah memilih jalan yang salah".Ombak itu melanggarku.Aku rebah,tidak berdaya,tidak bermaya...Tiba-tiba aku mebuka mataku.Emak,abah,kaka dan abang berada disekelilingku.Rupanya yang mencurahkan sebesen baldi air ke mukaku.Syukurlah.....Ini hanyalah mimpi.


Sumber:Buku rintis SK Jln 6(bil 3)





  

Saturday 11 June 2011

LAGU SANG ULAT BULU

ADA SANG ULAT BULU,
PUNYA KAKI SERIBU,
SIAPA JUMPA KAKIKU,
KAKIKU,
JIKALAU KU TAK DAPAT,
TERPAKSA KU MELOMPAT,
DENGAN KAKI SERIBU KURANG SATU.
CUBA NYANYI DENGAN HURUF VOKAL
(A,E,I,O,U)